Powered By WPOptinForm

Bisness eBay

Salam hormat,

Hari ini jika kita lihat ramai newbie disogok dengan niche produk yang “kurang bersesuaian” dengan pengalaman mereka.

Akhirnya ramai yang kecundang dipertengahan jalan angkara salah tanggapan menjana pendapatan di eBay begitu mudah dan mampu memberi pulangan yang lumayan.

Bisness eBay, Susah atau Senang?

Seseorang penjual itu mampu menghasilkan jualan dan pendapatan yang memberansangkan jika mereka sentiasa mempunyai idea-idea yang boleh dikembangkan.

Sebagai contoh, ada orang amat suka memasak. Memasak juga merupakan hobi buat seseorang. Apabila kita membuat carian dan research, kita akan mendapati begitu banyak katakunci dan carian di internet berkaitan dengan memasak.

Antara yang paling popular ialah buku resepi. Kita tahu, setiap negara memiliki chef mereka yang terhebat dan terkenal. Malah chef Malaysia juga dikenali di seluruh dunia.

Apabila kita menyebut mengenai hobi dan citarasa, mereka yang meminati aktiviti ini sudah pasti akan mencari bahan-bahan resepi baru di internet terutamanya di eBay.

Kita sebagai seorang penjual harus peka dan mengenalpasti apakah resepi-resepi lazat dan hebat yang boleh kita ketengahan di pasaran eBay.

Senaraikan di atas kertas dan mula menulis seberapa banyak maklumat mengenai buku resepi dan penulisnya, kemudian kenalpasti dimana sumber bahan ini boleh diperolehi. Jika anda telah menjumpainya, bolehlah berkira-kira untuk menjualnya di eBay.

Samalah seperti pengalaman Noorizam Shah, pemilik produk Video Lubuk Duit dimana beliau mempunyai pengalaman menjual majalah TIME berkaitan berita kematian Micheal Jackson di pasaran eBay US dan UK dan ianya sold out dalam masa beberapa hari.

http://bit.ly/UsahawanEbay

Di dalam DVD video lubuk duit ini, anda akan didedahkan bagaimana untuk membina idea dan menggunakan idea tersebut untuk mencipta produk bagi jualan di eBay.

Pendedahan ini bukan dari cedok dari mana-mana forum atau platform perbincangan kerana ramai yang sedia maklum, saudara Noorizam Shah memang mempunyai banyak pengalaman di dalam bisnes di eBay.

Bisness eBay Perkongsian dari Pakar

Maklumat lanjut mengenai bagaimana membina idea yang hebat, sila layari link ini:

http://bit.ly/UsahawanEbay

Jumpa lagi,

Humaizi

Salam,

Sebagai seorang usahawan, pemasaran atau marketing adalah perkaran yang paling penting. Boleh katakan produk number 2. Kalau tak guna teknik pemasaran yang betul, memang tak akan berjaya perniagaan kita.

Pemasaran Adalah Tunjang Dalam Perniagaaan

Berkenaan dengan pemasaran internet, sejak kerana adanya facebook, orang semakin mengabaikan pemasaran melalui forum. Kita jangan lupa, ada juga golongan tertentu yang masih addicted lagi dengan forum-forum, jadi mereka tetapi menjadi pengunjung setia forum-forum yang popular. Jadi jangan abaikan pemasaran forum. Jika anda ingin berjaya dalam pemasaran viral forum, ada beberapa perkara yang anda harus ambil perhatian.

Lakukan kajian anda sebelum menyertai mana-mana forum.

1. Sertai forum-forum yang pasaran utama sesuatu promosi produk. Contohnya, seseorang yang terlibat dengan produk berkaitan dengan kesihatan, banyak forum yang berkaitan boleh disertai.

2. Pilih forum yang terkenal. Tidak ada gunanya membuang masa dan tenaga menyertai forum yang hanya mempunyai beberapa orang ahli. Page ranking dan bilangan ahli yang aktif adalah dua perkara yang mesti ada di sesebuah forum yang ingin disertai.

3. Pilih forum yang membenarkan anda menggunakan tag signature. Oleh itu, anda perlu baca terlebih dahulu peraturan-peraturan forum yang ingin disertai. Jika anda terus menyertainya tanpa membuat semakan terlebih dahulu, dibimbangi anda hanya akan membuang masa sahaja jika forum tersebut tidak menggunakan tag signature.

Setelah anda memilih dan menyertai sesebuah forum, ambil langkah-langkah berikut:

1. Pastikan tag signature anda ringkas dan selalulah melakukan update. Sebaiknya anda hanya memasukkan satu link sahaja, iaitu link ke laman web utama anda.

2. Jangan sesekali membuat posting yang hanya mengandungi iklan atau promosi. Ini merupakan satu peraturan umum mana-mana forum dan jika ianya dilakukan juga boleh mengakibatkan ianya didelete oleh moderator forum atau lebih teruk lagi, anda akan diban dari forum.

3. Jadikan diri anda ahli forum yang aktif. Luangkan masa sekurang-kurangnya sejam sehari untuk membuat posting yang berguna dan untuk berkenalan dengan ahli-ahli yang lain. Luangkan masa untuk menonjolkan diri anda dengan mengetengahkan pengetahuan dan pengalaman anda dalam sesuatu topik yang diperbincangkan.

Apabila seseorang IM itu menjadi ahli yang aktif, mereka akan berpeluang untuk membina kredibiliti dan mendapat reputasi yang baik di forum yang disertainya. Ini bermakna, dia juga akan mempunyai peluang untuk membuat jualan dengan lebih cepat dan berkesan.

Bisness internet perlu network jugak ke? Bukankah pelanggan cari kita untuk dapatkan servis dan beli produk? Bukankah kita hanya perlu bekerja dari rumah dan tak perlu jumpa sesiapa?

Usahawan perniagaan internet juga perlu membina jaringan melalui social network

Secara logiknya, menjalankan perniagaan internet memang tak perlu jumpa customer secara offline. Kebanyakan komunikasi yang dijalankan oleh Internet Markerters adalah secara maya. Jadi, jaringan sosial boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pada hari ini. Dalam kehidupan peribadi, anda boleh menggunakannya untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menyertai forum-forum yang membincangkan tentang topik kegemaran anda atau untuk mencari rakan.

Secara profesional, laman-laman jaringan sosial ini boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk mengembangkan bisnes dan pendapatan anda. Tetapi untuk memanfaatkan laman-laman jaringan sosial demi kebaikan peribadi atau profesional, anda perlulah belajar terlebih dahulu tentang bagaimanakan caranya untuk membina perhubungan online.

Berikut adalah beberapa idea yang akan membantu anda membina hubungan yang baik dengan orang ramai secara online. Anda perlu ingat bahawa strategi ‘win-win situation’ adalah penting untuk mencapai tujuan ini.

Apabila seseorang itu menyertai sebuah komuniti di laman web jaringan sosial, biasanya dia akan merasakan seperti ‘tersesat’ dalam kepungan orang-orang yang asing. Jika anda ingin lebih dikenali dan popular maka bertindaklah seperti penganjur dengan menyambut ketibaan ahli-ahli baru.

Perkenalkan diri anda dan tanyalah mereka tentang minat atau kemahuan mereka. Mereka akan sukakan anda dan cuba mengetahui tentang anda dengan lebih dekat pula. Ini merupakan satu servis yang bernilai yang boleh anda tawarkan untuk komuniti jaringan sosial secara keseluruhan.

Jika anda masih baru dalam sesebuah komuniti itu, lihatlah profil-profil orang lain dan bacalah kandungannya. Jika ada profil yang mempunyai minat atau persamaan dengan anda maka cubalah jemput mereka untuk menyertai jaringan anda. Dengan ini anda boleh menambah lebih banyak nilai untuk network anda dan berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi orang-orang yang memiliki persamaan minat dengan anda.

Anda juga boleh meningkatkan lagi kualiti hubungan anda dengan memberikan hadiah-hadian atau pemberian yang berguna. Tetapi pemberian itu hendaklah tidak mempunyai kaitan secara terus dengan kerja atau produk yang anda jual kerana ia hanya akan dilihat sebagai ‘perangkap jualan’.

Antara pemberian yang boleh anda pertimbangkan ialah ebook PDF yang mengandungi mutiara kata atau ebook novel, sebagai contoh. Orang yang menerima pemberian itu akan lebih menghargai tawaran anda dan ingin mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Ia bolehlah diibaratkan seperti mengunjungi rumah seseorang dan menerima sebuah pemberian sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.

Apabila bercerita berkenaan bisnes ebook, saya memang merujuk kepada JaMaL – Pakar Ebook, seorang yang memang sangat berpengalaman dalam bisnes ebook di Malaysia.

Sebelum memulakan bisnes ebook, apa kata anda ikuti motivasi hebat dari JaMaL untuk anda terlebih dahulu.

Ikutinya….

Rahsia Pakar Ebook

“Ramai sungguh minat bisnes ebook, tapi sebelum tu, saya ada sedikit nasihat. Dengan adanya tips motivasi ini, ianya dapat memotivasikan diri kita dalam mempelajari bisnes ebook ini. Dalam bisnes ebook ataupun dalam mana-mana bisnes internet, motivasi pada peringkat awal sangat penting. Dengan motivasi yang kuat, ianya dapat membantu kita dalam memburu apa yang kita inginkan. Jom terus lihat tips tersebut. Tips dari hati ke hati…Macam dato fadzilah Kamsah pula..hehehehe

# MINAT -
Dengan wujudnya minat, bisnes ebook ni akan menjadi lebih mudah! Tiada minat lagi? Cuba untuk meminatinya. Pakar motivasi sering berkata ” Orang Yang Berjaya Adalah Orang Yang Melakukan Apa Yang Diminatinya”. Seperti saya 2 tahun lebih yang lalu, saya buta IT tahap tertinggi langsung tak tahu bisnes ebook. Tapi bila saya terbaca berkenaan bisnes ebook, saya minat untuk mencubanya. Dan kini, saya memang sangat meminati bidang yang saya ceburi. Saya minat untuk hasilkan ebook berkenaan Internet Marketing! Dengan minat, ianya mampu berikan pendapatan BESAR!

# YAKIN -
Jika kita yakin dengan apa kerja yang kita nak buat ni, tiada apa lagi yang boleh menghalang kita. Keyakinan yang kuat dapat hasilkan kejayaan yang baik. Dalam bisnes ebook, keyakinan adalah penting. Yakin dengan ebook anda, yakin ada pembeli, yakin ianya menguntungkan. Dengan sifat yakin, anda akan sentiasa bersemangat untuk melakukan sesuatu! Dan dengan yakin juga, anda akan akan lakukan yang terbaik untuk kerja anda! Keyakinan yang kuat disertai dengan doa kepada TUHAN, kejayaan akan datang.

# THINK BIG -
Ya, dengan berfikiran besar, tak mustahil anda mampu hasilkan perut besar kejayaan yang besar. Maksudnya, cuba anda impikan kejayaan hasil dengan bisnes ebook anda. Contohnya anda boleh fikir “Jualan ebook aku boleh dapat hasil jualan RM10 ribu bulan ni jika aku laksanakan strategi-strategi yang betul dalam pemasaran ebook ni”. Dengan berfikiran sebegini, ianya akan membawa aura kejayaan dalam diri anda dan menyingkirkan aura-aura negatif yang ada pada anda seperti takut mencuba, tak yakin, takut gagal, dan lain-lain. Tak percaya? Cubalah! Anda akan rasainya..(THINK BIG ni sangat membantu saya dalam menghasilkan jualan ebook yang MELETOP!!!). Dalam pelancaran Pakar Ebook versi 1dulu , saya sasarkan RM100k! Memang tercapai secara keselurhannya, malah lebih dari itu Itulah THINK BIG semasa saya! . Pastikan THINK BIG anda adalah dalam kemampuan anda. Di awal pembabitan saya dalam bisnes ebook, THINK BIG jualan ebook saya adalah RM1000 sebulan! Anda tahu apa yang terjadi? Bukan RM1000 saya dapat, tapi RM3000, dan kemudiannya menjadi RM10k,RM20k dan pada JULAI 2009, saya berjaya hasilkanRM125k dengan ebook Emas-Emas Yang Hilang! Itulah kekuatan THINK BIG!

# BERANI MENCUBA -
Ramai orang kekal dalam masalah kewangan/kehidupan biasa-biasa mereka sekarang kerana tak berani mencuba, tak berani nak pelajarinya, tak berani nak kajinya, dan kebanyakan mereka takut sesuatu yang tak pernah mereka lakukan! Jikalah saya takut untuk hasilkan ebook dan jualnya di internet setahun lebih yang lalu, saya tak akan berpeluang untuk menjana income hingga 6 angka setahun! Tahukah anda, dulu saya mulakan bisnes internet dengan membeli panduan lebih RM200. Dah la berhutang saya beli panduan tu, tapi kerana berani hidup saya mampu berubah. Banyak orang berani tak bertempat! Berani join SKIM CEPAT KAYA ribuan RM, tapi tak berani untuk dapatkan ILMU UNTUK JADI KAYA yang kosnya kurang dari RM200! Itulah orang kita! Berubahlah!!

# KUASAI ILMU DARI MASA KE SEMASA –
Ramai ingin berjaya atau dapat hasil dengan segera dengan bisnes ebook ni tanpa menguasai cabang-cabang ilmunya. Tahukah anda, cara terbaik untuk kuasai ilmu bisnes ebook ini adalah dengan kaedah 3M iaitu “MEMBACA”, “MEMAHAMI” dan “MEMPRAKTIKKAN”. Contohnya, anda beli panduan bisnes ebook, anda bacanya, anda fahaminya, dan anda praktikkannya. Setelah praktikkannya, anda akan rasakan apa yang akan anda lakukan pada masa akan datang akan menjadi lebih mudah. Dan ingat, hasil dari praktik tu, anda akan dapat pengalaman yan berharga. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam mendalami ilmu!

# TINDAKAN -
Ramai yang ada ilmu, tapi tiada tindakan untuk mempraktikkannya. Mereka bersikap tunggu dulu, nanti dulu, esoklah, dan macam-macam alasan mereka. Tak guna ada tahu macam-macam jika tiada tindakan untuk laksanakannya. Konsep yang terbaik adalah “Lebih Baik Tahu Sedikit, Tapi Terus Praktikkannya Berbanding Tahu Banyak, Tapi Tak Praktikkannya”. Dalam bisnes ebook internet terutamanya, jangan tunggu ilmu anda penuh di dada baru nak praktik. Tahu sikit, terus saja praktik dan begitulah seterusnya.

Itulah..
Celoteh panjang saya:-) Saya bukannya berkata -kata berdasarkan teori semata-mata, tapiberdasarkan pengalaman saya dalam bisnes ebook ini!

Semoga ianya bermanfaat buat anda!

Itulah perkongsian yang sememangnya hebat dari JaMaL. Dan makan tak hairanlah, beliau digelar Pakar Ebook. Beliau sendiri telah mencipta kejayaan besar dalam bisnes ebook. Sudah beratus ribu RM beliau kutip dari jualan ebook nya di Malaysia. Dan beliau juga, memiliki ramai anadk didik yang juga berjaya dalam bisnes ebook. Jika anda tanya saya “SAYA NAK BELAJAR BISNES EBOOKLAH! SIAPA YANG PATUT SAYA RUJUK?” Dengan pantasnya saya menyuruh anda pelajari ilmu bisnes ebook dari JaMaL. Baru-baru ini beliau telah melancarkan ebook panduan bisnes ebook yang dinamakan Pakar Ebook Reborn di http://bit.ly/RahsiaPenulisEbook . 100% sangat disyorkan!

Salam,

Seringkali kita mendengar para bisnesman kini tidak lagi bergantung kepada perniagaan bercorak offline semata-mata, kerana setiap genap generasi celik internet dan mencari segala info di secara online.

Jika anda memiliki sebuah perniagaan dan ingin berjaya dalam perniagaan tersebut, anda perlu kreatif dan aktif. Internet merupakan kempen pemasaran terbaik bagi sesebuah bisnes. Menggunakan Internet untuk tujuan pengiklanan adalah satu langkah bijak kerana ia sangat menjimatkan dan memudahkan anda untuk mencapai golongan (pelanggan) yang anda sasarkan. Pemasaran Internet juga membenarkan anda bersaing dan bergerak maju dalam persaingan itu.

Apa sebenarnya pemasaran online?  Meletakkan bisnes atau produk anda di Internet melalui perantaraan website/blog/ecommerce untuk diakses oleh jutaan pengguna Internet. Ia sebagai satu alat untuk memaksimumkan jualan dan meningkatkan potensi bisnes anda.

Fakta: Pemasaran online adalah lebih dari sekadar menempatkan pengiklanan online anda. Pemasaran online juga melibatkan komunikasi dengan para pelanggan anda, promosi bisnes atau produk online anda dan memastikan laman web anda mengandungi maklumat berguna dan sentiasa dikemaskini dan terkini.

Perkara yang hebat tentang pemasaran online ialah anda tidak memerlukan bajet yang tinggi untuk menjadikan kempen pemasaran anda berkesan. Terdapat alat-alat yang boleh anda manfaatkan untuk menjadikan teknik-teknik pemasaran anda mudah dan menguntungkan seperti templat website atau minisite, blog, shopping cart, laman sosial dan sebagainya.

Sesiapa saja yang ingin berjaya dalam apa jua perniagaan, perlu menggunakan pemasaran secara online, baik mereka adalah penjual produk fizikal, servis hatta agen insurans dan unit trust.

Corak pemasaran yang perlu digunakan adalah semestinya tidak sama, kerana produk fizikal memerlukan teknik ‘hard promotion’, manakala consultant yang menyediakan servis perlu membina kredibiliti mereka di internet bagi menunjukkan kepakaran mereka di hati bakal pelanggan.

Jadi, anda yang ingin berjaya, perlu fikirkan secara serius bermula dari hari ini untuk mulakan perniagaan atau menyediakan perkhidmatan dengan menggunakan pemasaran dengan internet atau online!

Salam kejayaan.

 

Salam,

Sesiapa yang mengenali dunia Internet Marketing Malaysia, pasti akan kenal dengan Rahman Basri. Malam tadi saya terima emel daripada rakan baik saya ni,yang lebih mesra dikenali sebagai RB dan beliau merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa.

Rahman Basri

Dalam Internet Marketing, beliau dikenali sebagai salah seorang Top Affiliate kerana selalu mengungguli Cabaran Affiliate yang dianjurkan oleh Usahawan Internet tempatan ternama & jana komisyen sehingga 4-5 angka dengan mudah untuk satu-satu produk affiliate yang beliau promosikan.

Dan yang menariknya, beliau baru sahaja membuka akses ke beberapa fail sulit beliau yang diberi nama Pakej Swipe Copy.

Saya sendiri teruja kerana amat-amat jarang Fail Sulit sebegini didedakan kepada umum!

==>> http://bit.ly/SwipeCopy

Apa yang beliau dedahkan dalam Swipe Copy ini antaranya adalah..

# Material asal yang beliau gunakan dalam promosi produk affiliate tempatan

# Strategi penulisan emel follow up yang benar-benar berkesan (convert!)

# 6 koleksi fail utama yang mengandungi templet emel promosi berkuasa tinggi.

# Pelan Tindakan menjadi Super Affiliate dengan pantas.

..dan banyak lagi!

Anda juga boleh jadikan Swipe Copy ini sebagai rujukan utama sebelum anda lakukan sebarang promosi produk affiliate..

Bahkan, apa yang terkandung dalam Swipe Copy ini adalah suatu yang benar-benar sulit & amat jarang didedahkan oleh Pakar-pakar Affiliate tempatan mahupun antarabangsa.

Semuanya didedahkan oleh Rahman Basri di sini:

==>> http://bit.ly/SwipeCopy

Salam,

Pelik bunyi tajuk posting saya kali ini, tapi ianya adalah benar. Jangan kata saya ingin ‘promote’ skim cepat kaya…kerana yang pastinya apa yang saya nak sampaikan adalah bukan skim cepat kaya, kerana skim cepat kaya anda masih perlu keluarkan duit kan?

Tapi dalam perniagaan internet ber’model’ kan dropship, anda boleh bekerja dari rumah tanpa modal, tapi boleh menjana pendapatan yang lumayan.

YA! Masalah anda kerana tidak mempunyai sumber/pembekal barangan untuk dijual di internet akan saya jawab dan selesaikan di sini. Saya akan bantu anda untuk memulakan jualan produk di internet tanpa modal dan mudah. Saya akan tunjukkan bagaimana anda hanya perlu lakukan promosi sahaja tanpa perlu untuk membungkus barangan dan beratur panjang di Pejabat Pos untuk mengepos produk jualan anda.

Ramai orang di luar sana yang masih belum menemui penyelesaian untuk memulakan perniagaan internet. Tapi anda sangat bertuah hari ini kerana Allah mentakdirkan anda bertemu dengan saya hari ini dan anda boleh manfaatkan untuk menjana pendapatan dari internet.

Dah terlanjur anda di sini saya sarankan supaya anda fokus dan baca setiap patah perkataan di bawah ini bagi memudahkan proses penerangan saya kepada anda. Bagaimana anda boleh menjana pendapatan di internet tanpa anda memegang stok dalam tangan pun sekaligus tak payah bersusah payah nak beratur panjang  di pejabat pos untuk pos barangan jualan anda.

Masih ramai lagi yang tak tahu untuk jual apa di internet sedangkan ramai usahawan internet yang dah berjaya menjana pendapatan 4-5 angka hanya dengan menjual produk fizikal secara dropship tanpa modal.

Jadi mahukah jika saya bongkarkan kepada anda Model Perniagaan yang Mudah, Pantas dan Menguntungkan ini?

Ok..ok…

Anda mesti nak tahu  apakah jenis Model Perniagaan yang saya maksudkan?

Inilah yang dinamakan sebagai Dropship. YA ! Dropship, ia bukanlah satu jenis model perniagaan internet yang baru tetapi sudah lama digunakan oleh usahawan antarabangsa. Tapi dari pemerhatian saya, masih ramai lagi di Malaysia tak tahu model perniagaan ini.

Jika anda pun masih tak tahu tentang dropship ni mari saya terangkan.

Anda Boleh Bekerja Dari Rumah Tanpa Modal, Itulah Keindahan Perniagaan Internet

Dropship ialah teknik pembekalan di mana kita sebagai penjual tak perlu simpan stok tetapi bila ada pembelian dari pelanggan kita, pembungkusan akan dibuat oleh pembekal dan mereka terus menghantar kepada pelanggan kita. Sebagai penjual kita mendapat keuntungan dari perbezaan harga jualan kita dan harga borong dari pembekal.

Untuk Lebih Mudah Faham, Ia Adalah seperti Berikut…

  • Anda berhubung dengan pembekal (dropship). Anda deal dengan mereka dan dapatkan gambar  dan deskripsi produk. Anda tak perlu beli dahulu produk mereka untuk simpan sebagai stok.
  • Anda promosi produk tersebut di website/blog/laman lelongan.
  • Anda mendapat pelanggan yang nak beli produk tersebut dan menerima bayaran.
  •  Anda buat pembayaran pada pembekal dengan harga borong. Keuntungan anda terus simpan.
  • Proses pembungkusan dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan oleh pembekal (dropship)

Bukankah ini sesuatu yang menarik? Untuk saya ceritakan segala-galanya di sini amat mustahil, jadi saya sarankan agar anda klik link di bawah ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut: www.dropship.tipspakar.com

Salam,

Sudah agak lama saya tidak berkongsi tips perniagaan online. Inilah keperluan disiplin bila menjalan perniagaan, tak kira secara offline atau online. Tambahan lagi bagi saya yang menjalankan perniagaan ini secara full time di waktu malam dan awal pagi sahaja (sebelah siang full time kerja).

Ok, berbalik kepada tajuk posting blog saya hari ini, ramai yang masih belum mengetahu apakan sebenarnya Produk Digital, dan bagaimana untuk mencipta produk digital serta menjualnya di internet atau melalui online?

Niche Lelaki Adalah Salah Satu Niche Hot

Penghasilan produk digital adalah terdiri daripada produk-produk informasi, di mana   kelebihannya adalah dalam mengurangkan kos di samping dapat mengelakkan beban kerja yang berlebihan.

Dengan kata lain, produk digital adalah produk informasi yang boleh di muat turun oleh pembeli melalui link yang diberikan oleh penjual. Perbandingan yang sesuai adalah informasi dalam bentuk buku, anda boleh membeli Buku yang ada kertas, dan buku yang dikeluarkan dalam format eb00k yang dipanggil sebagai produk digital.

Apabila menjual produk informasi anda tidak perlu risau tentang penyimpanan stok kerana produk digital anda akan sentiasa ada untuk dibeli pada bila-bila masa sahaja. Anda juga tidak perlu menguruskan kos penghantaran, pembungkusan atau mendapatkan premis perniagaan kerana laman web andalah kedai anda.

Terdapat banyak lagi kelebihan-kelebihan membina bisnes online anda berasaskan produk-produk informasi, termasuklah fakta bahawa anda boleh menghasilkan produk itu sendiri, meminimumkan kos yang berkaitan dengan outsource atau mengupah pihak ketiga.

Sebenarnya, anda boleh menghasilkan produk informasi anda yang pertama hanya dalam masa beberapa hari sahaja dan membina proses jualan untuk menerima pembayaran dan secara automatik menghantar produk yang dibeli pelanggan setiap kali ianya berlaku.

Sejak melibatkan diri dalam perniagaan internet pada tahun 2009, saya bermula dengan menjual produk fizikal dalam kategori niche lelaki dan wanita, kini saya mula menjual produk digital. Apa yang menariknya, untuk menjual produk digital, saya tak perlu mencipta produk tersebut, kerana saya boleh menjual produk yang dihasilkan oleh orang lain dan beliau membayar komisyen kepada saya sebanyak 50% untuk setiap hasil jualan. Menarik kan?

Itulah dinamakan jualan melalui Sistem Affiliate.. Saya ada jelaskan mengenai apakah dia perniagaan affiliate dalam link http://www.kitbizonline.com/kit-newbie/apakah-dia-perniagaan-affiliate/

Ok, itu saja perkongsian saya hari ini, semoga anda mendapat manfaat sewajarnya. InsyaAllah.

 

Salam,

Saya sebenarnya nak kongsi emel kiriman Sifu Saya, iaitu Saudara Zaki of Bengkel Website. Saya memang sentiasa tidak akan lupa untuk buka setiap emel kiriman Saudara Zaki sebab setiap emel kirimannya pasti ada manfaat.

Memang Hot Betul Pendapatan Panas.com ni

Dalam emel tersebut, beliau cerita nak share sesuatu yang penting. Sedang beliau surf Internet, tiba-tiba terjumpa laman web ini. PendapatanPanas.com

Ada sesiapa yang tahu tentang produknya? Produk berkenaan apa ya? … Web jualannya memang mengancam. Tapi… baca nasihat saya ini. Sebelum anda membeli sesuatu produk (lebih-lebih lagi dengan harga produk yang RMbanyak tu, silalah buat research @ survey dahulu) Melainkan anda kenal benar siapa pemiliknya. Macam mana nak buat research? Senang ajer… tanyalah Pakcik Google.

Dan satu lagi sumber rujukan yang boleh digunakan ialah WangCyber.com

http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/36268-ada-sesiapa-pernah-join-pendapatanpanas-com.html

Sekarang, anda nilaikan PendapatanPanas.com. Adakah anda perlu beli atau percaya? Tepuk dada tanya selera. Kata-kata amanat dari Zaki Yusof berkenaan dengan pendapatanpanas.com

p/s – Sebab itulah anda perlu ADA ILMU dalam menilai sesuatu produk. Jika tidak, senang-senang jer duit anda ‘burnt’ @ hangus!
p/p/s – Saya tiada kena mengena dengan program PendapatanPanas.com Anda perlu mengambil sendiri risiko jika membeli. Cadangan saya, TAK PERLULAH BELI! .. period.
p/p/p/s – Saya simpati dengan mereka yang dah TERKENA. Ramai yang telefon mengadu pada saya. Bukan program ini, malah beberapa program lain di Internet. Oleh itu, bijakkan diri di Internet. Jangan gelap mata dengan janji-janji orang yang tak dikenali. Soalan PERTAMA yang anda perlu tanya
p/p/s – Saya tiada kena mengena dengan program PendapatanPanas.com Anda perlu mengambil sendiri risiko jika membeli. Cadangan saya, TAK PERLULAH BELI! ..
p/p/p/s – Saya simpati dengan mereka yang dah TERKENA. Ramai yang telefon mengadu pada saya. Bukan program ini, malah beberapa program lain di Internet. Oleh itu, bijakkan diri di Internet. Jangan gelap mata dengan janji-janji orang yang tak dikenali. Soalan PERTAMA yang anda perlu tanya kepada diri anda sendiri, Siapa dia ni di kalangan IM?

So, kalau sesiapa yang teringin sangat nak buat duit online..pelajari cara yang betul..tiada jalan mudah untuk jadi kaya..jangan jadi seperti saya suatu masa dulu..terkena beli Pakej Visa Jutawan oleh Mas Dino..itu pun tipu gak..selepas beli..dia suruh kita jual balik pakej tu, kononnya jadi affiliate dia la..sama gak dengan pendapatan panas.com, hanya selepas bayar RM250, baru boleh sertai affiliate. Buduhsssss….cuba tengok affiliate IM2 lain..mana perlu beli produk untuk sertai affiliate program..ibaratnya..kita nak jadi jurujual..tapi kena beli produk dulu..tak ke itu namanya bisness MLM atau perniagaan bertingkat kaedahnya?

Newbie Mungkin Mudah Tertipu Dengan Konsep Perniagaan Macam ni..

Itu saja perkongsian dari saya  untuk kali ini..untuk owner pendapatan panas.com , kalau awak baca posting ni..awak pasti tahu kebenaran dan keikhlasan pakej yang ditawarkan..Janganlah rosakkan nama perniagaan internet untuk mencapai keuntungan dalam masa yang singkat.

tq.

 

 

“ANDA runsing dengan kos sara hidup semakin tinggi dan hutang keliling pinggang. Kini terbongkar rahsia kekayaan dan mendapat puluhan ribu ringgit dengan hanya bekerja di rumah. Bermodal RM100, duit masuk bertubi-tubi terus ke akaun bank”.

E-mel berantai sebegini memang tidak asing bagi pengguna Internet. Entah berapa ramai yang betul-betul menjadi kaya dengan pelaburan itu atau hilang duit kerananya.

Sejak kes skim cepat kaya yang dipelopori Osman Hamzah atau Pak Man Telo sekitar 1990-an menyebabkan ratusan pelaburnya ‘tepuk dahi’, orang ramai masih belum sedar. Ada saja skim pelaburan mirip Pak Man Telo yang diperkenalkan atas pelbagai nama dan kaedah namun kebanyakannya mempunyai kesimpulan hampir sama, ramai yang rugi.

Mungkin di peringkat awal terdapat pelabur yang mendapat laba hasil penyertaan sekali gus menjadi testimoni kukuh meyakinkan orang lain tetapi apabila semakin ramai yang menyertainya risiko kerugian turut melambung tinggi.

Menyingkap kembali sejarah Pak Man Telo. Dia dituduh di mahkamah melakukan kesalahan menerima deposit tanpa lesen Kementerian Kewangan dan mengutip kira-kira RM99.09 juta antara 1 Januari hingga 31 Oktober 1990 sebelum dijatuhkan hukuman penjara dua tahun serta buang daerah.

Pak Man Telo yang meninggal dunia pada 1997 umpama legenda kerana tanpa kelulusan tinggi, dia mampu menarik ribuan pelabur terdiri pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional mempercayai setiap tutur kata sehingga ramai sanggup bergadai untuk menyertai skim cepat kaya anjurannya.

Skim pelaburan cepat kaya bukan berlaku di negara kita saja, malah ada di mana-mana. Di Amerika Syarikat misalnya, skim Ponzi yang memerlukan peserta membeli kupon pos diperkenalkan pendatang Itali, Charles Ponzi sekitar 1920-an menyebabkan ramai pelabur kerugian besar.

Baru-baru ini Harian Metro membongkar kegiatan penipuan didalangi seorang lelaki kononnya bergelar ustaz bernama Harun Mat Saat, 45, diburu Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram.

Pelaburan dilakukannya atas nama Dina Group Sdn Bhd malah penyelewengan lelaki itu bersama beberapa rakannya dikatakan mencecah ratusan juta ringgit sejak Disember 2008.

Apa yang dikatakan skim cepat kaya? Menurut laman web BNM, ia satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan kecil dan pada masa sama menjanjikan pelaburan itu mudah serta bebas sebarang risiko.

Menurut laman web itu, aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah perbuatan menerima, mengambil, atau setuju terima deposit (wang, logam berharga, batu berharga dan apa-apa artikel lain) daripada orang awam atau pelabur dengan menjanjikan pembayaran semula deposit biasanya bersama faedah atau pulangan atau sebarang balasan berupa wang atau nilaian wang tanpa mempunyai lesen sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Sesuatu pelaburan itu menjadi skim cepat kaya apabila individu, syarikat atau organisasi menerima, mengambil atau setuju terima deposit daripada orang awam tanpa mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.

Individu terbabit berjanji membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan dalam tempoh masa tertentu dalam bentuk wang atau nilaian wang.

Selain itu, individu terbabit berjanji membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui pihak membuat bayaran dan orang menerimanya dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang.

Mengambil kira nasihat yang disiarkan di laman web BNM, selain beribu kes kerugian yang menimpa mangsa sejak munculnya skim cepat kaya yang dipelopori Pak Man Telo, kenapa sehingga sekarang pelaburan dengan ciri-ciri sedemikian masih wujud dan ramai percaya mampu mengecap kemewahan menerusi cara berkenaan?

Adakah disebabkan sikap tamak atau penyampaian penganjur skim itu terlalu meyakinkan sehingga mampu mempengaruhi orang ramai untuk membuat pelaburan?

Pakar kriminologi dan Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah (ACFE) Malaysia, Datuk Akhbar Satar, berkata mudah ‘gelap mata’ apabila ada pihak menjanjikan keuntungan berlipat ganda dan bergelar jutawan segera menyebabkan ramai tidak serik menyertainya walaupun banyak kes dibongkar skim itu hanya menjerat diri.

“Apabila dijanjikan wang berjuta ringgit, kereta mewah dan rumah besar melalui pelaburan singkat disokong dengan ‘bukti’ kejayaan pelabur peringkat awal, orang ramai lupa segala-galanya sehingga ada yang sanggup menjual tanah, mencagar rumah dan menggunakan wang simpanan untuk melabur.

“Tetapi apabila penganjur skim menghilangkan diri, ramai yang terpaksa menanggung beban hutang malah ada yang diisytiharkan muflis,” katanya.

Beliau berkata, walaupun secara rasionalnya, keuntungan dijanjikan tidak munasabah namun ‘persembahan’ penganjur memainkan peranan mempengaruhi pelabur.

“Biasanya penganjur skim ini menampilkan personaliti menarik, pandai bercakap dan berkeyakinan tinggi. Apabila dia berjaya meyakinkan sekumpulan kecil individu, maka golongan ini pula akan sedaya upaya mempromosikan skim terbabit sehingga ia merebak kepada beratus atau beribu orang.

“Ini disebabkan skim ini bergantung kepada penyertaan pelabur baru. Ia umpama menggali lubang baru untuk menutup lubang lama kerana wang pelaburan baru akan digunakan untuk membayar dividen pelabur sebelum itu.

“Pelabur awal akan mendapatkan habuan tetapi apabila pengendali gagal mencari pelabur baru, skim itu mula goyang menyebabkan penganjur melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, pelaburan yang menggunakan kaedah skim cepat kaya memang sukar dibendung selagi orang ramai tidak mengambil pengajaran.

“Pelaburan sebegini ada di banyak negara dengan pelbagai nama serta kaedah dan ia terus wujud disebabkan mendapat sokongan pelabur. Jadi satu-satu cara untuk mengelak daripada terkena ialah dengan berfikir secara rasional apabila mendapat sebarang tawaran pelaburan terutama yang mencurigakan,” katanya.

Laman web BNM turut menyenaraikan tujuh langkah melindungi diri daripada terjebak dengan skim cepat kaya iaitu sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil diterima akal berkemungkinan besar satu penipuan; berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang diberi kuasa.

Semak terlebih dulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan; jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa melabur; berhati-hati dengan pelaburan dibuat melalui Internet; berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan tidak bertulis dan jika suatu pelaburan dibuat, simpan semua dokumen berkaitan dengan selamat.

Kesimpulannya, jangan terlalu mudah percaya.

Artikel ini dipetik dari Harian Metro: 14 Jun 2011
Related Posts Plugin for <img src=, Blogger..." style="border: 0" />